Mengenai Kami



UNIT BINA INSAN

Bahagian Bina Insan mempunyai pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah kemahiran insaniah (softskills), kerohanian, kekeluargaan dan kecemerlangan kendiri. Dua aktiviti utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini:

Aktiviti Kelas Bina Insan
Aktiviti Pembangunan Insan

Di dalam memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mencapai objektif yang telah digariskan dan memberikan impak serta faedah terhadap golongan sasar, maka instrumen dan kaedah pemantauan, penilaian dan pelaporan perlu dibangunkan. Instrumen ini dapat membantu pegawai dan kakitangan Bina Insan untuk memantau, menilai dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Instrumen yang dibangunkan ini juga boleh digunakan oleh peserta aktiviti untuk menilai keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan.

Bahagian Bina Insan telah mengaplikasikan instrumen pemantauan secara intensif bermula tahun 2008. Walau bagaimanapun, terdapat isu dari segi pelaksaannya. Justeru, berdasarkan isu-isu yang diperolehi pada tahun 2008, Bahagian Bina Insan telah menambahbaik instrumen yang akan digunakan bermula tahun 2009 dan tahun-tahun seterusnya.

Dengan adanya instrumen yang telah dikemaskini ini, Bahagian Bina Insan berharap, pihak KEMAS Negeri dapat menggunakan instrumen berkenaan dengan sebaiknya demi memastikan setiap aktiviti di dalam Program Bina Insan dapat memberikan kesan dan faedah secara langsung kepada masyarakat serta kualiti aktiviti dapat diukur dengan lebih efektif.

No comments:

Post a Comment