Saturday, 18 May 2013

Diskusi Ilmiah - Tujuh Sunah Harian

Antara 7 Sunnah Harian Rasulullah SAW:

1. Memulakan hari dengan Solat Tahajud
2. Membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Subuh
3. Solat Subuh berjemaah di Masjid
4. Bersedekah semasa berjalan pulang dari masjid
5. Sentiasa di dalam keadaan suci dan berwuduk
6. Melaksanakan Dhuha apabila tiba waktu
7. Memperbanyakkan zikir dan istighfar

Amalan-amalan yang tidak membebankan dan pastinya kita sebagai Umat Islam mampu melakukannya. Marilah bersama-sama melaksanakan Sunnah Rasulullah.

Friday, 17 May 2013

Tanbihul Ghafilin - Peringatan Bagi Yang Lupa

Marilah bersama-sama kita saling memberi manfaat antara kita terutamanya bagi kaum muslimin-muslimat, generasi muda, dan para pendidik untuk sentiasa saling memberi nasihat dan bermuhasabah menuju ke arah kebaikan.

Setiap dari kita mempunyai kelemahan ini.

Memandangkan sifat semulajadi manusia adalah lupa sehinggu ilmu yang akan diterima cukup untuk memberi pengajaran agar kita dapat kembali meniti kepada jalan kebenaran iaitu petunjuk Allah SWT.

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat serta pengajaran yang berguna.

Segala kenbenaran datangnya hanya dari Allah SWT semata.

Al-Fatihah - Riwayat tempat turun surah

Pendapat yang lebih kuat mengatakan surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah. Al-Wahidi menulis di dalam kitabnya Asbabun-Nuzul dan as-Tsa'labi di dalam tafsirnya riwayat dari Ali bin Abu Thalib, dia berkata bahawa Kitab ini diturunkan di Makkah, dari dalam suatu perbendaharaan di bawah 'Arsy.

Riwayat menyatakan Surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah.

  1. Riwayat dari Abu Syaibah di dalam al-Mushan-naf dan Abu Nu'aim dan al-Baihaqi di dalam Dala-ilun-Nubuwwah, dan as-Tsa'alabi dan al-Wahidi dari Hadis Amer bin Syurahbil, bahawa setelah Rasulullah SAW mengeluhkan pengalamannya di dalam gua itu setelah menerima wahyu pertama, kepada Khadijah, lalu beliau dibawa oleh Khadijah kepada Waraqah, maka beliau ceriterakan kepadanya, bahawa apabila dia telah memencil seorang diri didengarnya suara dari belakang: "Ya Muhammad, ya Muhammad, ya Muhammad! Mendengar suara itu akupun lari." Maka berkatalah Waraqah: "Jangan engkau berbuat begitu, tetapi jika engkau dengar suara itu, tetap tenanglah engkau, sehingaa dapat engkau dengar apa lanjutan perkataannya itu." Selanjutnya Rasulullah SAW berkata: "Maka datang lagi dia dan terdengar lagi suara itu: "Ya Muhammad! Katakanlah: Bismillahir-Rahmanir-Rahim, Al-hamdulillahi Rabbil Alamin, hingga sampai kepada Waladh-Dhaalin." Demikian Hadis itu.
  2. Abu Nu'aim di dalam ad-Dalaail meriwayatkan pula tentang seorang laki-laki dari Bani Salamah, dia berkata: Tatkala pemuda-pemuda Bani Salamah masuk Islam, dan Islam pula anakdari Amer Jumawwah, berkatalah isteri Amer itu kepadanya: "Sukakah engkau mendengarkan dari ayah engkau sesuatu yang telah diriwayatkan daripadanya?" Anak itu lalu bertanya kepada ayahnya apakah agaknya riwayat tersebut. Lalu dibacanya: "Alhamdulillahi Rabbil Alamin." (sampai ke akhir). Sedang kejadian itu ialah di Makkah.
  3. Ibnu al-Anbari pun meriwayatkan bahawa dia menerima riwayat dari Ubadah bin as-Shamit bahawa Surat Fatihatul-Kitab ini memang diturunkan di Makkah.
Istiqamah menjanjikan kejayaan melalui titian ke syurga.
Sungguhpun demikian ada juga satu riwayat yang diterima oleh perawi-perawinya dari Mujahid, bahawa beliau ini berpendapat bahawa surah ini diturunkan di Madinah.

Ada juga segolongan yang menyatakan bahawa Surah ini diturunkan dua kali, pertama di Makkah dan kemudian diturunkan sekali lagi di Madinah.

Tetapi menjadi lebih kuatlah pendapat golongan yang terbesar tadi bila kita ingat kembali bahawa solat lima waktu mulai difardhukan semenjak di Makkah, sedang solat itu dianggap tidak sah kalau tidak membaca Al-Fatihah, menurut hadis:
"Tidahlah (sah) solat bagi siapa yang tidak membaca Fatihatul Kitab."
(Hadis ini dirawikan oleh al-Jama'ah, daripada Ubadah bin as-Shamit)
Dia termasuk satu Surah yang mula-mula turun. Meskipun Iqra' sebagai limaayat permulaan dari Surah al-'Alaq yang terlebih dahulu turun, kemudian itu pangkal Surah Ya Ayyuhal Muddatstsir, kemudian itu pangkal Surah Ya AyyuhalMuzzammil, namun turunnya ayat-ayat itu terpotong-potong. Tidak satu Surah lengkap. Maka, al-Fatihah sebagai Surah yang terdiri dari tujuh ayat, ialah Surah lengkap yang mula-mula sekali turun di Makkah.

Thursday, 16 May 2013

Al-Quran - Makkah dan Madinah

Apabila kita fahami Al-Quran itu kita akan dapat perbezaan isi dari surah-surah atau ayat-ayat yang turun di Makkah ataupun yang diturunkan di Madinah.

Makkah:

  • Ayat-ayatnya adalah khas bagi menetapkan dan meneguhkan akidah (kepercayaan) Islam yang pokok iaitu Tauhid.
  • Menentang penyembahan berhala dan menuhankan benda dan seruan atau dakwah kepada manusia agar mereka memerdekakan akal dan jiwa dari perbudakan adat, kebiasaan, tradisi dan taqlid, menurut saja kepada nenek-moyang, dengan tidak usul-periksa.
  • Dan, orang selalu disuruhmempergunakan akal, fikiran, perenungan dan penyelidikan yang mendalam.
Menjadi Umah Islam yang sentiasa berfikir.
Madinah:
Hukum-hukum Fiqh diturunkan di Madinah
  • Di sana mulailah bertemu dengan hukum-hukum Fiqh, peraturan dan segala yang bertalian dengan negara dan kemasyarakatan.
  • Diterangkan hukum-hukum dan undang-undang yang mengenai 
    • peperangan, 
    • tentang hubungan di antara satu kekuasaan negara dengan kekuasaan negara lain, 
    • peraturan-peraturan mengenai perjanjian dan perdamaian,
    •  urusan suami-isteri dan pembinaan rumah tangga, mengenai nikah, talak dan rujuk, 
    • peraturan tentang perwarisan,
    • dan membangun masyarakat yang adil dan makmur dengan adanya peraturan zakat dan haji, 
    • dan urusan-urusan lain yang semuanya bersendikan persamaan darjat dan adil.
  • Sebab-sebab perbezaan ini dapat diketahui oleh orang yang mempelajari sejarah hidup Rasulullah dan sejarah turunnya ayat-ayat Al-Quran itu sendiri.
Tanah Suci Mekah

Di Makkah barulah menyusun teman-teman sefaham untuk menentang kekuasaan yang masih tegak, iaitu kekuasaan berhala. Maka, belum tepatlah waktunya untuk diturunkan hukum-hukum yang mengenai masyarakat sebagai yang tersebut tadi. Di Makkah adalah bagi memperkukuh akidah yang kelak akan diperjuangkan di muka dunia ini. Lain halnya dengan keadaan setelah Hijrah ke Madinah. Sebab di Madinah Islam telah menjadi Daulah, telah merupakan suatu kekuasaan yang nyata dan dapat menegakkan hukum serta ada ummat yang akan mematuhinya.

Al-Quran - Pendapat Ahli Pemikir

Pendapat ahli-ahli syariat:
  • Al-Quran itu ialah Kalamullah (sabda Allah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang dituliskan didalam Mushhaf.
Gua Hira - Tempat dimana wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW

Pendapat Ahli Fiqh:
  • Al-Quran itu adalah nama yang diberikan kepada keseluruhan Al-Quran dan dinamakan juga bagi suku-sukunya atau bagian-bagiannya.
Baik dari asal ambilan bahasa, ataupun setelah dia diistilahkan, namun keduanya itu telah tergabung menjadi makna yang satu. iaitu bahawasanya Al-Quran memang dibaca; kekuatannya terjadi pada pembacaannya. Walaupun kita baca sampai khatam, ataupun hanya satu ayat, namun die tetap Al-Quran.

Wednesday, 15 May 2013

Jalan Pintas Ke Syurga

Jalan Ke Syurga

Hadits Rasulullah SAW

اَفْشُوْا السَّلاَمَ وَأَطَّعَامَ وَصَلُّوْا وَالنَّاسُ نِيَامُ تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ


"Wahai manusia,tebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di malam hari ketika manusia tidur, nescaya kaliam akan masuk syurga dengan selamat."
(Riwayat Adullah bin Humaid)

Hadits tersebut menerangkan beberapa perkara yang dapat dijadikan jalan pintas untuk ke syurga, iaitu;

1. Sentiasa memberi salam terlebih dahulu
2. Sentiasa bersedekah
3. Menjaga dan menambah hubungan persaudaraan
4. Solat 1/3 malam

Mari kita bersama-sama mengejar jalan pintas ke syurga.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman dan mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW.

Al-Fatihah


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Murah, Maha Penyayang.

2. Segala puji-pujian untuk Allah, Pemelihara semesta alam.

3. Maha Murah, Maha Penyayang.

4. Yang Mempunyai Hari Pembalasan.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau saja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurnia nikmat atas mereka; bukan (kalan) orang-orang yang telah dimurkai atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

AL-FATIHAH ertinya ialah pembukaan. Surah ini dinamai Fatihatul Kitab yang bererti pembukaan kitab, kerana kitab Al-Quran dimulai atau dibuka dengan surah ini. Dia yang dimulai ditulis didalam Mushhaf, dan ia yang mulai dibaca ketika tilawatil-Quran, walaupun bukan surah pertama yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Al-Quran

Kitab Suci Al-Quran

Al-Quran disebut juga Al-Kitab, adalah wahyu-wahyu yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya, dengan perantaraan Malaikit Jibril, untuk disampaikan kepada manusia.

Kumpulan dari semua wahyu itu, yang berjumlah menurut perhitungan yang umum 6,236 ayat, terdiri daripada 114 surah,diturunkan dalam 2 masa:

  1. Pertama - Di Makkah, dalam masa 13 tahun sejak Rasulullah SAW ditentukan Allah menjadi Rasul pada tahun ke-41 daripada usianya.
  2. Kedua - Di Madinah, sejak baginda berpindah ke Madinah sehingga wafat dalam masa 10 tahun.
Al-Quran menurut bahasa (loghah) ialah barang yang dibaca.

Dan Al-Quran itu menurut undang-undang bahasa adalah kalimat Mashdar iaitu pokok kata, yang berertu bacaan, tetapi diertukan lebih dekat kepada sesuatu yang dikerjakan (isim Maf'ul) menjadi ertiya yang dibaca.