Thursday, 16 May 2013

Al-Quran - Makkah dan Madinah

Apabila kita fahami Al-Quran itu kita akan dapat perbezaan isi dari surah-surah atau ayat-ayat yang turun di Makkah ataupun yang diturunkan di Madinah.

Makkah:

  • Ayat-ayatnya adalah khas bagi menetapkan dan meneguhkan akidah (kepercayaan) Islam yang pokok iaitu Tauhid.
  • Menentang penyembahan berhala dan menuhankan benda dan seruan atau dakwah kepada manusia agar mereka memerdekakan akal dan jiwa dari perbudakan adat, kebiasaan, tradisi dan taqlid, menurut saja kepada nenek-moyang, dengan tidak usul-periksa.
  • Dan, orang selalu disuruhmempergunakan akal, fikiran, perenungan dan penyelidikan yang mendalam.
Menjadi Umah Islam yang sentiasa berfikir.
Madinah:
Hukum-hukum Fiqh diturunkan di Madinah
  • Di sana mulailah bertemu dengan hukum-hukum Fiqh, peraturan dan segala yang bertalian dengan negara dan kemasyarakatan.
  • Diterangkan hukum-hukum dan undang-undang yang mengenai 
    • peperangan, 
    • tentang hubungan di antara satu kekuasaan negara dengan kekuasaan negara lain, 
    • peraturan-peraturan mengenai perjanjian dan perdamaian,
    •  urusan suami-isteri dan pembinaan rumah tangga, mengenai nikah, talak dan rujuk, 
    • peraturan tentang perwarisan,
    • dan membangun masyarakat yang adil dan makmur dengan adanya peraturan zakat dan haji, 
    • dan urusan-urusan lain yang semuanya bersendikan persamaan darjat dan adil.
  • Sebab-sebab perbezaan ini dapat diketahui oleh orang yang mempelajari sejarah hidup Rasulullah dan sejarah turunnya ayat-ayat Al-Quran itu sendiri.
Tanah Suci Mekah

Di Makkah barulah menyusun teman-teman sefaham untuk menentang kekuasaan yang masih tegak, iaitu kekuasaan berhala. Maka, belum tepatlah waktunya untuk diturunkan hukum-hukum yang mengenai masyarakat sebagai yang tersebut tadi. Di Makkah adalah bagi memperkukuh akidah yang kelak akan diperjuangkan di muka dunia ini. Lain halnya dengan keadaan setelah Hijrah ke Madinah. Sebab di Madinah Islam telah menjadi Daulah, telah merupakan suatu kekuasaan yang nyata dan dapat menegakkan hukum serta ada ummat yang akan mematuhinya.

No comments:

Post a Comment