Friday, 17 May 2013

Al-Fatihah - Riwayat tempat turun surah

Pendapat yang lebih kuat mengatakan surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah. Al-Wahidi menulis di dalam kitabnya Asbabun-Nuzul dan as-Tsa'labi di dalam tafsirnya riwayat dari Ali bin Abu Thalib, dia berkata bahawa Kitab ini diturunkan di Makkah, dari dalam suatu perbendaharaan di bawah 'Arsy.

Riwayat menyatakan Surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah.

  1. Riwayat dari Abu Syaibah di dalam al-Mushan-naf dan Abu Nu'aim dan al-Baihaqi di dalam Dala-ilun-Nubuwwah, dan as-Tsa'alabi dan al-Wahidi dari Hadis Amer bin Syurahbil, bahawa setelah Rasulullah SAW mengeluhkan pengalamannya di dalam gua itu setelah menerima wahyu pertama, kepada Khadijah, lalu beliau dibawa oleh Khadijah kepada Waraqah, maka beliau ceriterakan kepadanya, bahawa apabila dia telah memencil seorang diri didengarnya suara dari belakang: "Ya Muhammad, ya Muhammad, ya Muhammad! Mendengar suara itu akupun lari." Maka berkatalah Waraqah: "Jangan engkau berbuat begitu, tetapi jika engkau dengar suara itu, tetap tenanglah engkau, sehingaa dapat engkau dengar apa lanjutan perkataannya itu." Selanjutnya Rasulullah SAW berkata: "Maka datang lagi dia dan terdengar lagi suara itu: "Ya Muhammad! Katakanlah: Bismillahir-Rahmanir-Rahim, Al-hamdulillahi Rabbil Alamin, hingga sampai kepada Waladh-Dhaalin." Demikian Hadis itu.
  2. Abu Nu'aim di dalam ad-Dalaail meriwayatkan pula tentang seorang laki-laki dari Bani Salamah, dia berkata: Tatkala pemuda-pemuda Bani Salamah masuk Islam, dan Islam pula anakdari Amer Jumawwah, berkatalah isteri Amer itu kepadanya: "Sukakah engkau mendengarkan dari ayah engkau sesuatu yang telah diriwayatkan daripadanya?" Anak itu lalu bertanya kepada ayahnya apakah agaknya riwayat tersebut. Lalu dibacanya: "Alhamdulillahi Rabbil Alamin." (sampai ke akhir). Sedang kejadian itu ialah di Makkah.
  3. Ibnu al-Anbari pun meriwayatkan bahawa dia menerima riwayat dari Ubadah bin as-Shamit bahawa Surat Fatihatul-Kitab ini memang diturunkan di Makkah.
Istiqamah menjanjikan kejayaan melalui titian ke syurga.
Sungguhpun demikian ada juga satu riwayat yang diterima oleh perawi-perawinya dari Mujahid, bahawa beliau ini berpendapat bahawa surah ini diturunkan di Madinah.

Ada juga segolongan yang menyatakan bahawa Surah ini diturunkan dua kali, pertama di Makkah dan kemudian diturunkan sekali lagi di Madinah.

Tetapi menjadi lebih kuatlah pendapat golongan yang terbesar tadi bila kita ingat kembali bahawa solat lima waktu mulai difardhukan semenjak di Makkah, sedang solat itu dianggap tidak sah kalau tidak membaca Al-Fatihah, menurut hadis:
"Tidahlah (sah) solat bagi siapa yang tidak membaca Fatihatul Kitab."
(Hadis ini dirawikan oleh al-Jama'ah, daripada Ubadah bin as-Shamit)
Dia termasuk satu Surah yang mula-mula turun. Meskipun Iqra' sebagai limaayat permulaan dari Surah al-'Alaq yang terlebih dahulu turun, kemudian itu pangkal Surah Ya Ayyuhal Muddatstsir, kemudian itu pangkal Surah Ya AyyuhalMuzzammil, namun turunnya ayat-ayat itu terpotong-potong. Tidak satu Surah lengkap. Maka, al-Fatihah sebagai Surah yang terdiri dari tujuh ayat, ialah Surah lengkap yang mula-mula sekali turun di Makkah.

No comments:

Post a Comment