"Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." Surah Al-Isra':79 |
- Renungkanlah, bukankah segala yang dilakukan daripada bangun tidur sampailah tidur kembali hanya untuk mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan yang abadi? Hanya mereka yang hina yang tidak menginginkan kemuliaan dan pujian yang menyenangkan dan membahagiakan seperti itu.
- Ternyata, sangat mudah untuk meraih kesenangan dan kebahagiaan abadi tersebut jika seseorang mahu berfikir dan menelitinya. keinginan seperti itu dapat "dibeli" dengan sedikit bangun malam lalu membiasakan diri dengan mendirikan solat Tahajud.
Sekiranya tidak menyusahkan umatnya, baginda akan mewajibkan solat tahajud agar seluruh umatnya taat juga mendapatkan tempat terpuji yang luar biasa didunia, apatah lagi di akhirat kelak. |
- Lihatlah Rasulullah SAW, sebuah contoh peribadi sempurnasebagai junjungan. Baginda telah mendapat tempat terpuji (maqomam mahmuda) menjadi rahmatun lil'alamain sehingga seluruh makhluk meraksakan rahmat dan kasih sayangnya. Selain itu, nama baginda setiap masa disebut bersama-sama nama Allah oleh para penganut dan pencintanya di seluruh dunia hingga hari kiamat. Baginda pula satu-satunya nabi yang diberi kemuliaan oleh Allah untuk memberi syafa'atul 'udzma di padang mahsyar.
- Oleh itu, sangat wajarlah jika baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Selain wajib bagi baginda, solat itu juga nikmat baginya. Baginda sangat mengetahui rahsia dan keistimewaan solat tahajud. Jadi, sekiranya tidak menyusahkan umatnya, baginda akan mewajibkan solat tahajud agar seluruh umatnya yang taat juga mendapatkan tempat terpuji yang sangat luar biasa di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment