- Semua ulama telah berjimak bahawasanya peristiwa Israk Mikraj itu terjadi kepada Rasulullah s.a.w secara jasad dan roh. ia berlaku di Makkah setahun sebelum Hijrah. Tetapi ada sesetengah ulama mengatakan, daripada Abu Talib dan Siti Khadijah, bahawa peristiwa itu berlaku pada malam Isnin tujuh likur dalam bulan Rejab. Peristiwa ini tidak pernah berlaku kepada para Nabi sebelum Rasulullah s.a.w.
Didatangi Malaikat Jibril
- Pada malam tersebut, Rasulullah s.a.w sedang tidur (tidur-tidur ayam) bersama-sama bapa saudaranya, Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib. Tiba-tiba datang Malaikat Jibril bersama Malaikat Mikail serta Malaikat-malaikat lain mengangkat Rasulullah s.a.w ke suatu tempat, di mana di situ Jibril membelah dada Rasulullah s.a.w ke suatu tempat, di manadi situ Jibril membelah dada Rasulullah s.a.w sehingga ke bawah pusatnya.
Hati Rasulullah disucikan
- Setelah dibelah dada Rasulullah s.a.w Jibril pun memerintahkan Malaikat Mikail membawa satu batil air zam-zam untuk menyucikan hati baginda s.a.w supaya luar dadanya. Selepas itu ia pun mengeluarkan jantung baginda untuk dibasahi sebanyak 3 kali dengan menggunakan air zam-zam tersebut. Darah Hitam yang terdapat dalam dada Rasulullah s.a.w pun dikeluarkan. Darah tersebut adalah sebahagian daripada syaitan.
- Setelah itu, Jibril menuangkan satu batil dari emas yang penuh dengan hikmat dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w hingga penuhlah dada baginda dengan hikmat, ilmu, keyakinan dan keislaman sejati. Kemudian, setelah selesai semuanya, dada itu pun ditutup kembali.sesungguhnya semua proses ini tidak menimbulkan sebarang kesakitan bagi pihak Rasulullah s.a.w dan sesungguhnya telah termeterailah baginda di dua belikatnya dengan KHATAM an-NUBUWAH.
Bersambunggg........
No comments:
Post a Comment