Wednesday, 4 September 2013

"Doa yang biasa saya baca, dan ia tertulis di dinding."

Diceritakan ketika Utbah al-Ghulam telah mati, maka ada seorang mimpi bertemu dengan Utbah, lalu ditanya: Bagaimanakah sambutan Tuhan kepadamu? Jawabnya: Tulah telah mengampunkan kepadaku kerana beberapa kalimat doa yang biasa saya baca, dan ia tertulis di dinding. Maka bangunlah orang yang mimpi itu, dan langsung melihat-lihat di dinding sehingga bertemu dengan tulisan Utbah sendiri yang berbunyi:




Tinta Penulis: kita sentiasa dituntut untuk selalu memohon dan berdoa agar kita sentiasa mendapat lindungan daripada Allah swt. Perjalanan kehidupan ita seharian tidak lari dari melakukan dosa. Semoga segala usaha kita diredhai Allah swt. Wallahualam.

Friday, 26 July 2013

Orang yang terkena empat perkara.

Jafar bin Muhammad berkata: Saya berasa hairan terhadap orang yang terkena empat perkara, bagaimana ia melupakan yang empat lainnya:

Saya hairan terhadap orang yang risau hati, mengapa ia tidak membaca:
"Tiada Tuhan kecuali Engkau, sungguh aku seorang yang zalim."

Saya hairan dari orang yang takut sesuatu kejahatan, mengapa ia tidak membaca:
"Allah mencukupi aku, dan Dia sebaik-baik yang menjamin."

Saya hairan terhadap orang yang takut dari makar (tipu daya), mengapa ia tidak membaca:
"Dan saya serahkan urusanku kepada Allah, Sungguh Allah Maha Melihat kepada hamba-Nya"

Dan saya hairan pada orang yang ingin syurga, mengapa ia tidak membaca:
"Sekehndak Allah dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."

Tinta Penulis:
Setiap ibadah yang dilakukan oleh mukmin perlulah dipenuhi dengan niat hanyalah untuk mendapat redha Allah, istiqamah dan tawakal. Semoga kita mendapat redha dari Illahi.

Monday, 22 July 2013

Solat ku sempurna?

Abu Laits as-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Asshaamit r.a. berkata: Nasi SAW bersabda:

Siapa yang wuduk menyempurnakan wuduknya, lalu berdiri untuk solat maka menyempurnakan rukuk, sujudnya dan bacaannya, maka solat itu berkata: 
"Semoga Allah memeliharamu sebagaimana engkau memeliharaku."
 kemudian dibawa naik ke langit bersinar bercahaya maka dibukakan untuknya pintu-pintu langit sehingga sampai kepada Allah ta'ala, lalu memintakan ampun bagi yang melakukan solat itu.
Sebaliknya jika tidak sempurna rukuk, sujud dan bacaannya, maka solat itu berkata:
"Semoga Allah mengabaikan engkau sebagaimana engkau mengabaikan aku." 
Kemudian dibawa naik ke langit diliputi oleh kegelapan sehingga sampai ke langit maka tertutup semua pintu langit baginya, kemudian dilipat solatnya itu bagaikan baju yang kumal lalu dipukulkan ke muka orangnya.

Tinta penulis:

Mari kita lihat kembali adakah telah sempurna solat kita? Betulkan bacaan kita, tepatkah rukuk dan sujud kita? Timbalah lagi ilmu bagi mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Berilmu tanpa beribadat - Yahudi
Beribadat tanpa Ilmu - Nasrani
Berilmu dan beribadat - Mukmin

Pilih dimana tempat kita.

Tepuk dada tanya iman.

Fadhilat berwuduk 5 kali sehari

Abul Laits as-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari al-Harits Maula Usman berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk bersama Usman r.a tiba-tiba datang memberitahu akan azan, maka ia minta wuduk, dan sesudah wuduk ia berkata:

Saya telah melihat Rasulullah SAW wuduk seperti wudukku ini lalu bersabda:
"Siapa yang wuduk seperti wudukku ini kemudian solat zohor maka Allah mengampunkan baginya dosa antara zohor dengan subuh, kemudian jika solat ashar maka Allah mengampunkan baginya dosa yang terjadi antara zohor dengan ashar, kemudia jika solat maghrib maka diampunkan dosa yang terjadi antara ashar hingga maghrib, kemudian jika solat isya' maka diampunkan baginya dosa yang terjadi antara maghrib dengan isya', kemudian ia bermalam dan tidur dan bila bangun berwuduk lalu solat subuh maka diampunkan baginya dosa yang disebut hasanat dapat menghapus dosa-dosa. 

Lalu sahabat bertanya: 
"Itu hasanat, maka apakah yang disebut albaaqiyaatus shaalihat?

Jawab Nabi SAW:


Tinta Penulis:

Begitu mudah bagi kita menghapuskan dosa kecil yang telah kita lakukan sepanjang hari. Mampukah kita melakukan perkara yang mudah ini? Tepuk dada tanya iman.



Thursday, 18 July 2013

Rahsia disebalik Zikir

Nabi Musa a.s berkata:

Ya Rabbi bagaimanakah saya akan mengetahui orang yang Kamu cinta daripada orang yang Kamu benci (murka)? Jawab Allah: 
"Hai Musa jika Aku cinta pada hamba, maka Aku beri padanya dua tanda."

Musa bertanya: Apakah keduanya itu? Jawab Allah:
"Aku ringankan ia berzikir kepada-Ku supaya Aku berzikir padanya di alam malakut landit dan bumi, dan Aku pelihara dari yang haram dan murka-Ku supaya tidak terkena murka dan seksa-Ku. Hai Musa, dan sebaliknya jika Aku benci pada hamba. Aku beri dua tanda. Aku lupakan dari zikir-Ku dan Aku biarkan ia dengan hawa nafsunya supaya terjerumus dalam haram dan murka-Ku, sehingga layak menerima siksa dan balasan-Ku

Wednesday, 17 July 2013

Nasihatilah Aku

Al-Fudhail bin Iyaadh berkata: seorang datang berkata: Nasihatilah aku.
Fudhail berkata:

Ingatlah daripadaku lima perkara:

1. Semua yang mengenai dirimu, maka katakanlah "itu qadhaa' dari Allah". Supaya engkau tidak menyalahkan makhluk.

2. Jagalah lidahmu supaya semua makhluk selamat dari lidahmu dan engkau selamat dari seksa Allah.

3. Percayalah janji Allah mengenai soal rezeki supaya menjadi seorang mukmin.

4. Bersiap-siaplah untuk mati, supaya tidak mati dalam keadaan lupa.

5. Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya supaya terjaga dari dosa-dosa.

Sumber: Tanbihul Ghafilin

Monday, 10 June 2013

Israk Mikraj

Berlakunya Israk Mikraj

  • Semua ulama telah berjimak bahawasanya peristiwa Israk Mikraj itu terjadi kepada Rasulullah s.a.w secara jasad dan roh. ia berlaku di Makkah setahun sebelum Hijrah. Tetapi ada sesetengah ulama mengatakan, daripada Abu Talib dan Siti Khadijah, bahawa peristiwa itu berlaku pada malam Isnin tujuh likur dalam bulan Rejab. Peristiwa ini tidak pernah berlaku kepada para Nabi sebelum Rasulullah s.a.w.

Didatangi Malaikat Jibril
  • Pada malam tersebut, Rasulullah s.a.w sedang tidur (tidur-tidur ayam) bersama-sama bapa saudaranya, Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib. Tiba-tiba datang Malaikat Jibril bersama Malaikat Mikail serta Malaikat-malaikat lain mengangkat Rasulullah s.a.w ke suatu tempat, di mana di situ Jibril membelah dada Rasulullah s.a.w ke suatu tempat, di manadi situ Jibril membelah dada Rasulullah s.a.w sehingga ke bawah pusatnya.

Hati Rasulullah disucikan
  • Setelah dibelah dada Rasulullah s.a.w Jibril pun memerintahkan Malaikat Mikail membawa satu batil air zam-zam untuk menyucikan hati baginda s.a.w supaya luar dadanya. Selepas itu ia pun mengeluarkan jantung baginda untuk dibasahi sebanyak 3 kali dengan menggunakan air zam-zam tersebut. Darah Hitam yang terdapat dalam dada Rasulullah s.a.w pun dikeluarkan. Darah tersebut adalah sebahagian daripada syaitan.
  • Setelah itu, Jibril menuangkan satu batil dari emas yang penuh dengan hikmat dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w hingga penuhlah dada baginda dengan hikmat, ilmu, keyakinan dan keislaman sejati. Kemudian, setelah selesai semuanya, dada itu pun ditutup kembali.sesungguhnya semua proses ini tidak menimbulkan sebarang kesakitan bagi pihak Rasulullah s.a.w dan sesungguhnya telah termeterailah baginda di dua belikatnya dengan KHATAM an-NUBUWAH.

Bersambunggg........

Monday, 3 June 2013

Diskusi Ilmiah - 1. Menuju tempat terpuji


"Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai
suatu ibadah tambahan bagimu.
Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu
ke tempat yang terpuji." 
Surah Al-Isra':79
  • Renungkanlah, bukankah segala yang dilakukan daripada bangun tidur sampailah tidur kembali hanya untuk mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan yang abadi? Hanya mereka yang hina yang tidak menginginkan kemuliaan dan pujian yang menyenangkan dan membahagiakan seperti itu.
  • Ternyata, sangat mudah untuk meraih kesenangan dan kebahagiaan abadi tersebut jika seseorang mahu berfikir dan menelitinya. keinginan seperti itu dapat "dibeli" dengan sedikit bangun malam lalu membiasakan diri dengan mendirikan solat Tahajud.
Sekiranya tidak menyusahkan umatnya,
baginda akan mewajibkan solat tahajud agar seluruh umatnya taat juga
mendapatkan tempat terpuji yang luar biasa didunia, apatah lagi di akhirat kelak.
  • Lihatlah Rasulullah SAW, sebuah contoh peribadi sempurnasebagai junjungan. Baginda telah mendapat tempat terpuji (maqomam mahmuda) menjadi rahmatun lil'alamain sehingga seluruh makhluk meraksakan rahmat dan kasih sayangnya. Selain itu, nama baginda setiap masa disebut bersama-sama nama Allah oleh para penganut dan pencintanya di seluruh dunia hingga hari kiamat. Baginda pula satu-satunya nabi yang diberi kemuliaan oleh Allah untuk memberi syafa'atul 'udzma di padang mahsyar.
  • Oleh itu, sangat wajarlah jika baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Selain wajib bagi baginda, solat itu juga nikmat baginya. Baginda sangat mengetahui rahsia dan keistimewaan solat tahajud. Jadi, sekiranya tidak menyusahkan umatnya, baginda akan mewajibkan solat tahajud agar seluruh umatnya yang taat juga mendapatkan tempat terpuji yang sangat luar biasa di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

Diskusi Ilmiah - Motivasi Al-Quran untuk Mengamalkan Solat Tahajud

Apabila meneliti ayat-ayat Al-Quran, kita akan mendapati bagaimana Allah swt sangat memuliakan solat tahajud. oleh itu, tidak hairanlah jika Allah sangat menggalakkan dan mendorong para hamba-Nya untuk menegakkan solat tahajud. Mengapakah besar perhatian Allah kepada solat tahajud? Marilah kitat memahami dengan berdialog dengan-Nya.

Tanamlah nama Allah swt dihati kita, nescaya janji Allah milik kita.


Saturday, 18 May 2013

Diskusi Ilmiah - Tujuh Sunah Harian

Antara 7 Sunnah Harian Rasulullah SAW:

1. Memulakan hari dengan Solat Tahajud
2. Membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Subuh
3. Solat Subuh berjemaah di Masjid
4. Bersedekah semasa berjalan pulang dari masjid
5. Sentiasa di dalam keadaan suci dan berwuduk
6. Melaksanakan Dhuha apabila tiba waktu
7. Memperbanyakkan zikir dan istighfar

Amalan-amalan yang tidak membebankan dan pastinya kita sebagai Umat Islam mampu melakukannya. Marilah bersama-sama melaksanakan Sunnah Rasulullah.

Friday, 17 May 2013

Tanbihul Ghafilin - Peringatan Bagi Yang Lupa

Marilah bersama-sama kita saling memberi manfaat antara kita terutamanya bagi kaum muslimin-muslimat, generasi muda, dan para pendidik untuk sentiasa saling memberi nasihat dan bermuhasabah menuju ke arah kebaikan.

Setiap dari kita mempunyai kelemahan ini.

Memandangkan sifat semulajadi manusia adalah lupa sehinggu ilmu yang akan diterima cukup untuk memberi pengajaran agar kita dapat kembali meniti kepada jalan kebenaran iaitu petunjuk Allah SWT.

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat serta pengajaran yang berguna.

Segala kenbenaran datangnya hanya dari Allah SWT semata.

Al-Fatihah - Riwayat tempat turun surah

Pendapat yang lebih kuat mengatakan surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah. Al-Wahidi menulis di dalam kitabnya Asbabun-Nuzul dan as-Tsa'labi di dalam tafsirnya riwayat dari Ali bin Abu Thalib, dia berkata bahawa Kitab ini diturunkan di Makkah, dari dalam suatu perbendaharaan di bawah 'Arsy.

Riwayat menyatakan Surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah.

  1. Riwayat dari Abu Syaibah di dalam al-Mushan-naf dan Abu Nu'aim dan al-Baihaqi di dalam Dala-ilun-Nubuwwah, dan as-Tsa'alabi dan al-Wahidi dari Hadis Amer bin Syurahbil, bahawa setelah Rasulullah SAW mengeluhkan pengalamannya di dalam gua itu setelah menerima wahyu pertama, kepada Khadijah, lalu beliau dibawa oleh Khadijah kepada Waraqah, maka beliau ceriterakan kepadanya, bahawa apabila dia telah memencil seorang diri didengarnya suara dari belakang: "Ya Muhammad, ya Muhammad, ya Muhammad! Mendengar suara itu akupun lari." Maka berkatalah Waraqah: "Jangan engkau berbuat begitu, tetapi jika engkau dengar suara itu, tetap tenanglah engkau, sehingaa dapat engkau dengar apa lanjutan perkataannya itu." Selanjutnya Rasulullah SAW berkata: "Maka datang lagi dia dan terdengar lagi suara itu: "Ya Muhammad! Katakanlah: Bismillahir-Rahmanir-Rahim, Al-hamdulillahi Rabbil Alamin, hingga sampai kepada Waladh-Dhaalin." Demikian Hadis itu.
  2. Abu Nu'aim di dalam ad-Dalaail meriwayatkan pula tentang seorang laki-laki dari Bani Salamah, dia berkata: Tatkala pemuda-pemuda Bani Salamah masuk Islam, dan Islam pula anakdari Amer Jumawwah, berkatalah isteri Amer itu kepadanya: "Sukakah engkau mendengarkan dari ayah engkau sesuatu yang telah diriwayatkan daripadanya?" Anak itu lalu bertanya kepada ayahnya apakah agaknya riwayat tersebut. Lalu dibacanya: "Alhamdulillahi Rabbil Alamin." (sampai ke akhir). Sedang kejadian itu ialah di Makkah.
  3. Ibnu al-Anbari pun meriwayatkan bahawa dia menerima riwayat dari Ubadah bin as-Shamit bahawa Surat Fatihatul-Kitab ini memang diturunkan di Makkah.
Istiqamah menjanjikan kejayaan melalui titian ke syurga.
Sungguhpun demikian ada juga satu riwayat yang diterima oleh perawi-perawinya dari Mujahid, bahawa beliau ini berpendapat bahawa surah ini diturunkan di Madinah.

Ada juga segolongan yang menyatakan bahawa Surah ini diturunkan dua kali, pertama di Makkah dan kemudian diturunkan sekali lagi di Madinah.

Tetapi menjadi lebih kuatlah pendapat golongan yang terbesar tadi bila kita ingat kembali bahawa solat lima waktu mulai difardhukan semenjak di Makkah, sedang solat itu dianggap tidak sah kalau tidak membaca Al-Fatihah, menurut hadis:
"Tidahlah (sah) solat bagi siapa yang tidak membaca Fatihatul Kitab."
(Hadis ini dirawikan oleh al-Jama'ah, daripada Ubadah bin as-Shamit)
Dia termasuk satu Surah yang mula-mula turun. Meskipun Iqra' sebagai limaayat permulaan dari Surah al-'Alaq yang terlebih dahulu turun, kemudian itu pangkal Surah Ya Ayyuhal Muddatstsir, kemudian itu pangkal Surah Ya AyyuhalMuzzammil, namun turunnya ayat-ayat itu terpotong-potong. Tidak satu Surah lengkap. Maka, al-Fatihah sebagai Surah yang terdiri dari tujuh ayat, ialah Surah lengkap yang mula-mula sekali turun di Makkah.

Thursday, 16 May 2013

Al-Quran - Makkah dan Madinah

Apabila kita fahami Al-Quran itu kita akan dapat perbezaan isi dari surah-surah atau ayat-ayat yang turun di Makkah ataupun yang diturunkan di Madinah.

Makkah:

  • Ayat-ayatnya adalah khas bagi menetapkan dan meneguhkan akidah (kepercayaan) Islam yang pokok iaitu Tauhid.
  • Menentang penyembahan berhala dan menuhankan benda dan seruan atau dakwah kepada manusia agar mereka memerdekakan akal dan jiwa dari perbudakan adat, kebiasaan, tradisi dan taqlid, menurut saja kepada nenek-moyang, dengan tidak usul-periksa.
  • Dan, orang selalu disuruhmempergunakan akal, fikiran, perenungan dan penyelidikan yang mendalam.
Menjadi Umah Islam yang sentiasa berfikir.
Madinah:
Hukum-hukum Fiqh diturunkan di Madinah
  • Di sana mulailah bertemu dengan hukum-hukum Fiqh, peraturan dan segala yang bertalian dengan negara dan kemasyarakatan.
  • Diterangkan hukum-hukum dan undang-undang yang mengenai 
    • peperangan, 
    • tentang hubungan di antara satu kekuasaan negara dengan kekuasaan negara lain, 
    • peraturan-peraturan mengenai perjanjian dan perdamaian,
    •  urusan suami-isteri dan pembinaan rumah tangga, mengenai nikah, talak dan rujuk, 
    • peraturan tentang perwarisan,
    • dan membangun masyarakat yang adil dan makmur dengan adanya peraturan zakat dan haji, 
    • dan urusan-urusan lain yang semuanya bersendikan persamaan darjat dan adil.
  • Sebab-sebab perbezaan ini dapat diketahui oleh orang yang mempelajari sejarah hidup Rasulullah dan sejarah turunnya ayat-ayat Al-Quran itu sendiri.
Tanah Suci Mekah

Di Makkah barulah menyusun teman-teman sefaham untuk menentang kekuasaan yang masih tegak, iaitu kekuasaan berhala. Maka, belum tepatlah waktunya untuk diturunkan hukum-hukum yang mengenai masyarakat sebagai yang tersebut tadi. Di Makkah adalah bagi memperkukuh akidah yang kelak akan diperjuangkan di muka dunia ini. Lain halnya dengan keadaan setelah Hijrah ke Madinah. Sebab di Madinah Islam telah menjadi Daulah, telah merupakan suatu kekuasaan yang nyata dan dapat menegakkan hukum serta ada ummat yang akan mematuhinya.

Al-Quran - Pendapat Ahli Pemikir

Pendapat ahli-ahli syariat:
  • Al-Quran itu ialah Kalamullah (sabda Allah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang dituliskan didalam Mushhaf.
Gua Hira - Tempat dimana wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW

Pendapat Ahli Fiqh:
  • Al-Quran itu adalah nama yang diberikan kepada keseluruhan Al-Quran dan dinamakan juga bagi suku-sukunya atau bagian-bagiannya.
Baik dari asal ambilan bahasa, ataupun setelah dia diistilahkan, namun keduanya itu telah tergabung menjadi makna yang satu. iaitu bahawasanya Al-Quran memang dibaca; kekuatannya terjadi pada pembacaannya. Walaupun kita baca sampai khatam, ataupun hanya satu ayat, namun die tetap Al-Quran.

Wednesday, 15 May 2013

Jalan Pintas Ke Syurga

Jalan Ke Syurga

Hadits Rasulullah SAW

اَفْشُوْا السَّلاَمَ وَأَطَّعَامَ وَصَلُّوْا وَالنَّاسُ نِيَامُ تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ


"Wahai manusia,tebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di malam hari ketika manusia tidur, nescaya kaliam akan masuk syurga dengan selamat."
(Riwayat Adullah bin Humaid)

Hadits tersebut menerangkan beberapa perkara yang dapat dijadikan jalan pintas untuk ke syurga, iaitu;

1. Sentiasa memberi salam terlebih dahulu
2. Sentiasa bersedekah
3. Menjaga dan menambah hubungan persaudaraan
4. Solat 1/3 malam

Mari kita bersama-sama mengejar jalan pintas ke syurga.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman dan mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW.

Al-Fatihah


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Murah, Maha Penyayang.

2. Segala puji-pujian untuk Allah, Pemelihara semesta alam.

3. Maha Murah, Maha Penyayang.

4. Yang Mempunyai Hari Pembalasan.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau saja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurnia nikmat atas mereka; bukan (kalan) orang-orang yang telah dimurkai atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

AL-FATIHAH ertinya ialah pembukaan. Surah ini dinamai Fatihatul Kitab yang bererti pembukaan kitab, kerana kitab Al-Quran dimulai atau dibuka dengan surah ini. Dia yang dimulai ditulis didalam Mushhaf, dan ia yang mulai dibaca ketika tilawatil-Quran, walaupun bukan surah pertama yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Al-Quran

Kitab Suci Al-Quran

Al-Quran disebut juga Al-Kitab, adalah wahyu-wahyu yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya, dengan perantaraan Malaikit Jibril, untuk disampaikan kepada manusia.

Kumpulan dari semua wahyu itu, yang berjumlah menurut perhitungan yang umum 6,236 ayat, terdiri daripada 114 surah,diturunkan dalam 2 masa:

  1. Pertama - Di Makkah, dalam masa 13 tahun sejak Rasulullah SAW ditentukan Allah menjadi Rasul pada tahun ke-41 daripada usianya.
  2. Kedua - Di Madinah, sejak baginda berpindah ke Madinah sehingga wafat dalam masa 10 tahun.
Al-Quran menurut bahasa (loghah) ialah barang yang dibaca.

Dan Al-Quran itu menurut undang-undang bahasa adalah kalimat Mashdar iaitu pokok kata, yang berertu bacaan, tetapi diertukan lebih dekat kepada sesuatu yang dikerjakan (isim Maf'ul) menjadi ertiya yang dibaca.

Tuesday, 2 April 2013

Diskusi Ilmiah

Pada 30 Mac 2013 yang lalu Unit Bina Insan Parlimen Putrajaya telah menjalankan aktiviti Diskusi Ilmiah di Dewan Anggerik, Presint 8, Putrajaya.

Antara pengisian program adalah Bacaan Yaasin yang dihadiahkan terutamanya kepada parajurit yang telah meninggalkan dunia semasa mempertahankan negara. Selain daripada itu, doa dipanjatkan kepada Yang Maha Esa agar negara Malaysia sentiasa di dalam keadaan aman dan damai.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Bacaan Yaasin Kaum Wanita di Parlimen Putrajaya


Jamuan Makan
Diharapkan dimasa akan datang program ini dapat dijalankan isamping dapat menjemput lebih ramai lagi kaum ibu untuk turut serta semasa program dijalankan.

Diskusi ini telah dianjurkan oleh UNIT OPERASI II
Wassalam

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web KEMAS
Sebarang pertanyaan boleh email kepada ADMIN

Monday, 1 April 2013

Carta Organisasi

Berikut adalah organisasi di dalam Unit Bina Insan Wilayah Persekutuan.

Pengarah: Encik Khairuddin bin Md Nasir
Penolong Pengarah Operasi II: Pn Sarimah binti Ahmad
Pegawai Operasi II: Pn Asmah binti Md Yusof

Penyelia Kemas Negeri: Ustaz Muhammad bin Zakaria (Ustaz Zaid)

Modul Pembelajaran Bina Insan Wilayah Persekutuan

5 modul di dalam pendekatan Modal Insan:

  1. Kesihatan
  2. Kekeluargaan
  3. Ekonomi
  4. Sosial
  5. Kecemerlangan Diri
Perkongsian ilmu pengetahuan 5 modul dan kepentingan di dalam menjalani kehidupan harian. Setiap ilmu yang dikongsikan mengikut nas-nas yang dianjurkan didalam Al-Quran, Hadith dan Sunnah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Perkenalan
Salam Perpadauan
Salam 1 KEMAS
Salam 1 Malaysia

Di dalam blog ini akan kami kongsikan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bina Insan Wilayah Persekutuan. Selain daripada itu, kami juga akan berkongsikan wadah ilmu membina insan cemerlang di dunia dan akhirat.